Isi Kandungan
Kad Hijau CIDB merujuk kepada kad yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada pekerja dalam industri pembinaan. Kad ini menunjukkan bahawa pekerja tersebut telah melalui latihan serta mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang pembinaan.
Penerimaan Kad Hijau adalah penting kerana ia menjadi bukti bahawa pekerja tersebut telah menjalani kursus dan latihan yang sah, serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh CIDB. Kad ini juga membantu dalam meningkatkan keselamatan dan kualiti kerja di lokasi pembinaan, di samping memberi pengiktirafan kepada pekerja mengenai kepentingan pembangunan kemahiran dalam industri pembinaan.
Berkuatkuasa pada 1hb Jun 2015 adalah diwajibkan kepada semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB . Sekiranya anda belum mempunyai kad hijau dan terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan anda wajib daftar kad hijau CIDB supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB.
Akta 520 adalah satu tindakan untuk membentuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada tahun 1994. Ia dilaksanakan untuk menawarkan kepakaran CIDB dalam industri pembinaan tempatan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pembinaan. Dalam Akta 520, kualiti dan keselamatan pembinaan merupakan tunggak utama yang diwartakan penguatkuasaannya.
Akta 520 Kad Hijau CIDB melibatkan tiga perkara utama iaitu:
- Peningkatan kualiti pembinaan melalui pendaftaran kontraktor, personel binaan, pemerakuan kemahiran dan kompetensi
- Jaminan kualiti bahan binaan melalui penetapan dan pematuhan kepada standard; dan
- Perletakan tanggungjawab mengurus dan memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan semasa atau selepas kerja pembinaan ke atas kontraktor dan pengurus tapak.
Individu wajib berdaftar sebagai personel binaan berdasarkan syarat seperti berikut:
1. Memiliki dokumen pengenalan diri seperti berikut:
a) Kad Pengenalan Malaysia.
b) Pasport dengan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia.
c) Pas IMM13P.
2. Berumur 16 tahun dan ke atas. Merujuk kepada nota di bawah
3. Mempunyai sijil keselamatan pembinaan seperti:
a) Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW);
b) eLearning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW);
c) eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDBH); atau
d) Sijil/ pasport keselamatan yang diiktiraf CIDB.
4. Melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
5. Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB.
Rumusan
Kesimpulannya, anda boleh dapatkan kad hijau CIDB anda dengan mudah dan cepat hanya melalui atas talian sahaja tanpa kaunter fizikal. Layari laman web Kad Hijau sekarang dan isi borang permohonan kerana urusan pantas dan cepat hanya di kadhijau.my







14 Comments
Assalamualaikum / Salam Sejahtera..
Saya ingin bertanya, adakah pekerja yang menjalankan kerja-kerja mencuci (cleaning) juga memerlukan kad CIDB?? Kerja-kerja mencuci (Konsesi) di dalam bangunan UiTM.
Terima Kasih.
Waalaikummusalam Tuan.
Untuk cleaning servis tak perlu kad CIDB
Adakah pihak majikan wajib memohon kad hijau untuk semua pekerja binaan mereka?
Ya perlu. Sekiranya pekerja tersebut masuk ke tapak pembinaan wajib untuk ada kad hijau.
Adakah boleh untuk pakai kad hijau cidb ini untuk cari kerja berkaitan safety/safety supervisor selain bidang construction? Contohnya safety supervisor dalam kilang chemical.
Tak boleh Tuan. Kad ni khas untuk construction dan onshore sahaja. Tetapi perlu dapatkan pengesahan daripada majikan tersebut jika mereka memerlukan untuk pekerja membuat kad ini. Tapi tak ada masalah untuk Tuan buat kad ni, senang jika apply kerja yang memerlukan pekerja yang ada kad dengan kadar segera.
Assalamualaikum/Selamat Sejahtera.
Saya ingin bertanya, jika saya adalah pekerja kilang dan terlibat dalam projek expansion line contoh memantau kontraktor memasang paip, air-cond dan sebagainya. Adakah saya dikategorikan individu yang wajib mempunyai kad hijau CODB ?
Waalaikummusalam,
Secara umumnya Kad Hijau CIDB adalah wajib untuk semua individu yang terlibat secara langsung di tapak bina atau kawasan pembinaan, termasuk pekerja binaan, penyelia, kontraktor, sub-kontraktor, dan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pembinaan, walaupun kerja tersebut nampak “kecil” atau tidak sepenuh masa.
Dalam kes projek expansion line kilang seperti pemasangan paip, sistem air-cond, wiring, dll — jika aktiviti tersebut melibatkan kerja pembinaan atau pemasangan dalam kategori kerja binaan, maka:
✅ WAJIB ada Kad Hijau CIDB jika:
Kerja dilakukan dalam kawasan tapak projek pembinaan.
Ada risiko kemalangan atau terdedah dengan aktiviti binaan.
Anda bertindak memantau, menyelia atau terlibat secara fizikal dengan kerja pemasangan.
Kontraktor yang anda pantau adalah kontraktor binaan berdaftar dengan CIDB.
❗ Mungkin tidak wajib jika:
Anda tidak masuk kawasan pembinaan atau hanya memantau secara pentadbiran sahaja.
Kerja tersebut di kilang biasa yang tidak dikategorikan sebagai tapak bina.
Anda hanya buat kerja pejabat sahaja tanpa berada di kawasan risiko binaan.
Harap menjawab pertanyaan Tuan.
Nak tanya
Saya kerja dikilang sebagai maintanance.jika berlaku kemalangan atau kecederaan didalam kilang blh ke menggunakan CIDB
Boleh Encik.
Selamat sejahtera .
Saya ingin mengetahui adakah kerja membuka wallpaper , mengecat, menukar lantai vinyl dan kerja2 wiring di dalam hospital memerlukan kad CIDB?
Jika seorang warga asing mendapat permit pembinaan, adakah wajib untuk mendapatkan kad CIDB walaupun untuk melakukan kerja2 di atas?
Terima kasih
Ya Tuan, perlu ada kad hijau walaupun kerja cat/wiring.
Untuk info lebih details, boleh hubungi pihak CIDB careline di talian 03-55673300
Saya nak tanya,kerja mesin rumput tepi jalan perlukan kad hijau cidb ke..dan kad cidb ni mohon individu ke atau atas nama syarikat untk merangkumi smua pekrja dibwh syarikat tersebut
Hi Tuan. Untuk kerja mesin rumput tak memerlukan kad hijau CIDB