Isi Kandungan
Kad Hijau CIDB merujuk kepada kad yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada pekerja dalam industri pembinaan. Kad ini menunjukkan bahawa pekerja tersebut telah melalui latihan serta mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang pembinaan.
Penerimaan Kad Hijau adalah penting kerana ia menjadi bukti bahawa pekerja tersebut telah menjalani kursus dan latihan yang sah, serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh CIDB. Kad ini juga membantu dalam meningkatkan keselamatan dan kualiti kerja di lokasi pembinaan, di samping memberi pengiktirafan kepada pekerja mengenai kepentingan pembangunan kemahiran dalam industri pembinaan.
Berkuatkuasa pada 1hb Jun 2015 adalah diwajibkan kepada semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB . Sekiranya anda belum mempunyai kad hijau dan terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan anda wajib daftar kad hijau CIDB supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB.
Akta 520 adalah satu tindakan untuk membentuk Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada tahun 1994. Ia dilaksanakan untuk menawarkan kepakaran CIDB dalam industri pembinaan tempatan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pembinaan. Dalam Akta 520, kualiti dan keselamatan pembinaan merupakan tunggak utama yang diwartakan penguatkuasaannya.
Akta 520 Kad Hijau CIDB melibatkan tiga perkara utama iaitu:
- Peningkatan kualiti pembinaan melalui pendaftaran kontraktor, personel binaan, pemerakuan kemahiran dan kompetensi
- Jaminan kualiti bahan binaan melalui penetapan dan pematuhan kepada standard; dan
- Perletakan tanggungjawab mengurus dan memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan semasa atau selepas kerja pembinaan ke atas kontraktor dan pengurus tapak.
Individu wajib berdaftar sebagai personel binaan berdasarkan syarat seperti berikut:
1. Memiliki dokumen pengenalan diri seperti berikut:
a) Kad Pengenalan Malaysia.
b) Pasport dengan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia.
c) Pas IMM13P.
2. Berumur 16 tahun dan ke atas. Merujuk kepada nota di bawah
3. Mempunyai sijil keselamatan pembinaan seperti:
a) Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW);
b) eLearning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW);
c) eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDBH); atau
d) Sijil/ pasport keselamatan yang diiktiraf CIDB.
4. Melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
5. Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB.
Rumusan
Kesimpulannya, anda boleh dapatkan kad hijau CIDB anda dengan mudah dan cepat hanya melalui atas talian sahaja tanpa kaunter fizikal. Layari laman web Kad Hijau sekarang dan isi borang permohonan kerana urusan pantas dan cepat hanya di kadhijau.my
2 Comments
Assalamualaikum / Salam Sejahtera..
Saya ingin bertanya, adakah pekerja yang menjalankan kerja-kerja mencuci (cleaning) juga memerlukan kad CIDB?? Kerja-kerja mencuci (Konsesi) di dalam bangunan UiTM.
Terima Kasih.
Waalaikummusalam Tuan.
Untuk cleaning servis tak perlu kad CIDB