Cara Renew Kad Hijau CIDB Secara Online

Cidb Kad Hijau

Tahukah anda bahawa diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015. Sekiranya anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu perbaharui kad hijau CIDB anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut adalah cara renew kad hijau CIDB dengan kadhijau.my.

Cara Renew Kad Hijau CIDB Secara Online

1.  Layari Laman Web KadHijau.my

Layari laman web kami iaitu kadhijau.my dan pada laman utama akan terpapar dua pilihan iaitu “Kad Personel Binaan CIDB dan “Kontraktor CIDB”. Klik pada pilihan “Kad Personel Binaan CIDB”. 

Kad Hijau CIDB

 

2. Pilih Jenis Pemohonan untuk Renew Kad CIDB Anda

Seterusnya, pilih jenis permohonan. Sekiranya anda adalah warga tempatan, klik pada butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)” dan “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)” bagi pekerja asing.

Cara renew kad hijau CIDB

3. Isi Maklumat Pada Borang Permohonan Renew Kad CIDB

Setelah klik pada butang Pekerja Tempatan,. Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris pada borang permohonan yang telah disediakan. Perlu diingatkan bahawa permohonan pembaharuan kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

Borang Permohonan

Borang 2

4. Bersetuju Dengan Terma dan Syarat

Selepas mengisi kesemua maklumat anda, klik pada petak “Saya bersetuju dengan terma & syarat”. 

Borang 2

5. Buat Pembayaran

Anda boleh membuat bayaran renew CIDB kad hijau anda secara atas talian seperti yang tertera berikut. Sekiranya anda tidak mempunya perbankan atas talian, anda boleh emelkan kepada kami melalui bantuan@kadhijau.my atau hubungi/Whatsapp kami pada talian 0189040059. Pihak kami akan bantu anda.

Bayaran Cara Renew Kad Hijau CIDB

6. Terima Pas Sementara

Selepas bayaran dibuat, anda akan menerima resit bayaran melalui emel yang menyatakan anda telah membuat bayaran. Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam (maksima) melalui emel anda seperti yang dinyatakan pada borang permohonan. Pas sementara ini sah digunakan untuk anda masuk ke tapak binaan. Berikut adalah contah pas sementara yang anda akan terima.

Pas sementara cara renew kad hijau CIDB

7. Terima Kad Hijau CIDB

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap diperbaharui akan di pos pada alamat penghantaran anda. Sekiranya permohonan pembaharuan kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.

Rumusan Cara Renew Kad Hijau CIDB

Senang bukan? Hanya dengan 7 langkah anda boleh renew kad hijau anda dengan mudah dan cepat. Jangan lupa layari laman web kadhijau.my dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.

4.6/5 - (42 votes)
Kongsi Artikel Ini:
Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

44 Comments

  1. pernah ade kad hijau
    gune pada tahun 2016 selama setahun
    soalan
    boleh renew semula atau
    kene buat permohonan baru

    1. AsSalaMualaiKuM.. Sy masih Ade lgi kad hijau CIDB.. TARIKH Sah sehingga 22/03/2018..adakah masih boleh guna pakai..?

  2. Email lama saya dah lama xaktif…sya pon xingat semua nya ..password pon sama…mcm mana ye

    1. Untuk dapatkan semula akaun CIDB, anda boleh hubungi careline CIDB pada talian 03-55673300. Sekiranya anda ingin memperbaharui kad hijau CIDB dengan pantas, anda boleh WhatsApp kami pada talian 011-16107119 atau boleh isi borang permohanan.

    1. Untuk makluman, tiada denda sekiranya anda lambat memperbaharui kad hijau CIDB. Namun begitu, anda disarankan untuk memperbaharui kad hijau CIDB sebelum tamat tempoh bagi mengelakkan anda hilang kelayakan untuk membuat tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan di tapak binaan.

  3. kad hijau saya akan tamat pada bulan 2, 2025..bolehkah saya buat pembaharuan pada tahun ini, awal 3 bulan dari tarikh tamat?

    1. Anda boleh mula memperbaharui kad hijau CIDB 3 bulan sebelum tamat tempoh. Untuk bantuan, anda boleh WhatsApp kami pada talian 011-16107119

  4. Saya mempunyai Kad Hijau Personel Binaan semasa bertugas di Jabatan Pengairan dan Saliran, Kad tersebut telah tamat tempoh. Selepas bersara saya menjadi Kontraktor Gred G1, adakah saya perlu memperbaharui sebagai Personel Binaan atau sebagai Kontraktor dengan nama Syarikat?

    1. Untuk makluman Tuan, kad personel binaan adalah untuk individu manakala lesen CIDB adalah untuk syarikat. Anda wajib memperbaharui Kad Personel Binaan CIDB sekiranya anda terlibat dalam kerja-kerja pembinaan dan sebagai kontraktor, anda wajib mendaftarkan syarikat anda di bawah CIDB. Tuan boleh WhatsApp kami untuk urusan pembaharuan.

  5. boleh ke saya nak buat renew kad hijau sekiranya dah tamat tempoh selama 4 tahun?

  6. Selamat pagi, saya ingin buat pertanyaan berkaitan dgn CIDB kad sy, di kad ada sy catat “Berdaftar utk menjalankan Tred: Management dan Administrative.” Kalau sy ingin bertukar daftar bahagian teknikal atau construction, perlu apply di mana? dapat tukar di website tak?

  7. Assalamualaikum, hi saya nak tanya kalau saya punya kad ni berdaftar sebagai pelatih binaan dan sekarang saya bekerja dengan kontraktor, saya perlu renew kad saya tuu seperti biasa kee walaupun job category saya tuu pelatih binaan?

  8. SAYA BARU RENEW KAD HIJAU SAYA HARI INI 30/1/2025. BERAPA LAMA MASA SIAP & DI POS ?

    1. Hi. Untuk makluman Tuan, proses permohonan akan diproses 48 jam waktu bekerja. Kad akan dipos 14-21 hari bergantung kepada sistem.

  9. my card will expire on 21/09/2025, can i renew it now ? i try to renew it in my individual account , but the “Renew” is not active which is can not click for apply. Why ? please advise. TQ

  10. saya pemegang OGSP, untuk mendapatkan kad hijau perlu ke saya masuk krusus lagi atau membuat pembayaran lain.

    1. Untuk makluman, Tuan tak perlu memasuki kursus jika dah ada OGSP. Tuan boleh buat pendaftaran baru untuk daftar kad hijau CIDB.

  11. Saya dah buat pembaharuan kad hijau sepatutnya mati pada 2027,tapi kad saya dah tamat tempoh pada 2025,perlukah saya mohon tukar kad?

  12. Pada bahagian alamat individu boleh tak jika saya masukkan alamat anak kerana alamat saya sukar untuk posmen cari. Alamat yang dimasukkan itu bertujuan untuk pengeposan kad fizikal kan? Tidak semestinya perlu sama dengan dalam ic. Terima kasih atas maklum balas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Boleh kami bantu anda?