Isi Kandungan
Kad Hijau CIDB (Construction Industry Development Board). Adalah kad pengenalan yang dikeluarkan oleh CIDB Malaysia kepada individu yang terlibat secara langsung dalam industri pembinaan. Berkuatkuasa pada 1hb Jun 2015 adalah diwajibkan kepada semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan untuk memiliki Kad Hijau . Sekiranya anda belum mempunyai kad hijau dan terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja berkaitan pembinaan. Anda wajib berdaftar kerana terdapat banyak kepentingan dan kelebihan kepada pemegangnya, antaranya ialah :
Kepentingan & Fungsi Kad Hijau CIDB
Tanda Pengiktirafan Dalam Industri Pembinaan
Kad hijau CIDB mengesahkan status seseorang sebagai individu yang terlibat dalam industri pembinaan. Ia merupakan pengiktirafan rasmi yang menunjukkan bahawa individu tersebut memenuhi syarat asas dan mempunyai pengetahuan, serta kemahiran yang tinggi dalam bidang yang berkaitan dalam sektor pembinaan.
Meningkatkan Peluang Perniagaan
Memiliki kad hijau sangat membantu pemegangnya mendapatkan peluang perniagaan yang lebih baik. Ramai pemilik projek dan pembeli mungkin memerlukan penyedia perkhidmatan yang mempunyai kad hijau sebagai syarat untuk menyertai tender atau melibatkan kontraktor dalam projek pembinaan mereka. Ini mampu dijadikan sebagai titik tambah di dalam persaingan untuk mendapatkan tender yang ditawarkan.
Mendapatkan Akses Latihan dan Pembangunan Profesional
CIDB Malaysia akan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan profesional kepada pemegang kad hijau. Ini termasuk kursus-kursus pembinaan, bengkel, seminar, dan program-program yang membantu pemegang kad untuk meningkatkan dan menambahkan pengetahuan, kemahiran, dan kecekapan mereka dalam industri pembinaan yang kian meluas.
Memberi Perlindungan Terhadap Kemalangan
Sekiranya anda belum mempunyai kad hijau dan terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan, anda wajib mendaftar supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda akan layak untuk menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB.
Pengiktirafan Tahap Profesional
Kad hijau CIDB dapat meningkatkan kredibiliti dan reputasi seseorang dalam industri pembinaan. Ia merupakan pengiktirafan rasmi yang menunjukkan bahawa individu tersebut memenuhi standard piawaan dan etika profesional kerja yang ditetapkan oleh CIDB Malaysia.
Peluang Kerjaya Yang Lebih Meluas
Memiliki kad hijau dapat membuka peluang kerjaya yang lebih luas dalam industri pembinaan. Ramai majikan dan kontraktor mengutamakan pemegang kad hijau dalam pemilihan pekerja atau kontraktor untuk projek-projek pembinaan.
Kesimpulannya, kad hijau memberikan pelbagai kepentingan dan kelebihan kepada pemegangnya terutama dalam industri pembinaan di Malaysia. Ia membuka peluang perniagaan yang lebih baik dengan latihan dan pembangunan yang lebih profesional dan peka terhadap keselamatan di tapak binaan. Menberi akses kepada maklumat yang terkini dan meningkatkan reputasi dan kredibiliti individu ataupun syarikat yang bersaing di dalam industri tersebut.
Daftar dan perbaharui Kad Hijau anda dengan kami segera. Klik disini untuk dapatkan tawaran harga yang menarik serta promosi jika anda membuat pendaftaran ataupun pembaharuan dengan kami.